Gerak balas Ujian_peluru_berpandu_Korea_Utara_2006

Ujian ini berlaku pada masa perbicaraan enam pihak antara Korea Utara, China, Jepun, Rusia, Korea Selatan dan Amerika Syarikat.

Stok dan nilai mata wang Asia menurun, manakala komoditi emas dan perak telah naik secara mendadak kesan berita mengenai peluru berpandu Korea Utara.[16]

Amerika Syarikat

Presiden Bush telah diberitahu mengenai perkara ini pada waktu 4:20 PM EDT (2140 UTC). Dia bercakap di Pejabat Oval mengenai ujian-ujian ini pada 5hb Julai 2006 dengan mengatakan bahawa ujian-ujian ini "hanya akan memulaukan Korea Utara".

Christopher Hill, pembantu setiausaha negara A.S., akan pergi ke kawasan terbabit pada hari Rabu. Penasihat Keselamatan Dalam Negeri Stephen Hadley menggambarkan ujian-ujian ini sebagai "kelakuan provokasi".[17]

NORAD diletakkan pada taraf kewaspadaan tinggi dalam dua minggu kebelakangan ini dan Agensi Pertahanan Peluru Berpandu A.S. memberitahu CNN bahawa dua peluru berpandu untuk tampanan peluru balistik telah dihidupkan di California sebelum lancaran Korea Utara.

Korea Selatan

Menteri Penyatuan Lee Jong-seok menyidangkan suatu perjumpaan kecemasan untuk menentukan objektif lancaran peluru-peluru, yang dijangka akan membuat A.S. dan para sekutunya mengambil tindakan hukuman seperti sekatan ekonomi yang lebih teruk ke atas negara totalitarianisme ini, mengikut kata pegawai-pegawai kementerian.[18]

Jepun

Jepun menaikkan status kewaspadaannya kepada tinggi selepas lancaran peluru. Pegawai-pegawai tinggi Jepun, termasuk Setiausaha Ketua Kabinet Shinzo Abe dan ketua Agensi Pertahanan Fukushiro Nukaga berjumpa di rumah rasmi perdana menteri untuk membincangkan respons Jepun. Abe kemudiannya berkata bahawa Jepun hendaklah membawa isu lancaran ini ke muka Majlis Keselamatan PBB.[19]

Beberapa jam selepas lancaran peluru-peluru ini, Jepun memulai sekatan ekonomi terhadap Korea Utara dengan menguatkuasakan larangan kemasukan pegawai, anak kapal, penerbangan komersial dan satu-satunya hubungan penumpang antara kedua-dua negara, perkhidmatan feri Manyongbong-92.[20]

China

Pada 5 Julai, Kementerian Luar Negara China menyatakan rasa kebimbangan atas ujian-ujian peluru berpandu Korea Utara. Jurucakapnya Liu Jianchao mengulangi panggilan untuk bertenang dan ketegahan "kesemua pihak terlibat". Dia merayui kesemua pihak untuk bertegah daripada sebarang tindakan yang akan merumitkan lagi situasi di Semenanjung Korea.[21]

Di New York, duta China ke PBB mengatakan bahawa ujian peluru Korea Utara "dikesali".[22]

Australia

Perdana Menteri Australia John Howard memanggil ujian-ujian ini "amatlah provokasi" dan telak dipetik oleh Badan Penyiar Australia, "Saya harap apa yang dilakukan Korea Utara akan dikutuk sebagai provokasi bukan sahaja oleh Australia dan Jepun, tetapi juga oleh negara-negara lain dalam kumpulan enam."[23] Menteri Luar Negara Alexander Downer menyatakan rasa tidak puas hatinya kepada Duta Korea Utara, Chon Jae Hong[24]. Australia membatalkan satu rancangan lawatan diplomatik ke Korea Utara oleh sebab berita ini[24].

Rusia

Mengikut kata wakil rasmi Kementerian Luar Negeri Rusia Mikhail Kaminin, lancaran ujian ini merupakan satu "kelakuan provokasi" yang akan menggugat perbicaraan enam dan akan "merumitkan lagi situasi program nuklear Korea Utara".[25]

Thailand

Menteri Luar Thailand Kantathi Suphamongkhon menyatakan rasa bimbang pada hari Rabu berkenaan ujian peluru jarak jauh Korea Utara, dan memberikan amaran bahawa tindakan ini akan menyebabkan ketidakpercayaan serantau dan mengancam keamanan dunia, dan dia bercadang akan mengungkitkan perkara ini dengan rakan sejawatnya dari Amerika Syarikat awal minggu depan. Encik Kantathi juga menyeru negara Komunis ini untuk menghadiri semula perbicaraan enam pihak di mana Thailand telah memainkan peranan tidak rasmi untuk menekankan kemajuan rundingan antara pemain-pemain serantau penting - Korea Utara, Korea Selatan, Jepun, China, Rusia dan Amerika Syarikat.[26]

United Kingdom

United Kingdom melabelkan tindakan Korea Utara ini sebagai "tidak bertanggungjawab". Setiausaha Luar Margaret Beckett berkata: "Ujian-ujian ini berprovokasi, dan hanya menaikkan lagi ketegangan serantau."[27]

Perancis

Perancis menuduh Korea Utara sebagai "pelakon utama kecambahan peluru berpandu di dunia" dan memanggilnya mengikuti persetujuan pada tahun 1999. Perancis kini duduk sebagai presiden Majlis Keselamatan PBB pada bulan Julai.

Kanada

Menteri Luar Peter MacKay menambahkan lagi kutukan terhadap Korea Utara pada bulan Rabu, dan memanggil lancaran itu sebagai "ancaman besar" kepada stabiliti serantau dan menggugat cubaan untuk menghentikan kecambahan senjata nuklear. MacKay juga menegur Pyongyang untuk penggunaan "amalan menempuh bahaya" dalam urusannya dengan masyarakat antarabangsa. "Kanada percaya yang taktik sebegini tidak produktif dan akan gagal pada akhirnya," katanya dalam satu laporan berita yang diposkan di Jabatan Hal Ehwal Luar Negara Kanada. "Tindakan ini hanya boleh menggugat sekuriti Korea Utara, bukan menjaminnya.[28]

Korea Utara

Korea Utara telah melarang orang daripada berlayar di sesetengah kawasan persisiran pantainya sehingga 11 Julai 2006. Sesetengah pihak percaya ini merupakan persediaan tambahan lancaran.[29].

Majlis Keselamatan PBB

Majlis Keselamatan PBB menjadualkan satu perjumpaan kecemasan untuk hari Rabu, 5 Julai, 2006[30]. Ahli majlis bersetuju bahawa mereka harus melakukan sesuatu berkenaan ujian peluru itu dan bahawa mereka seharusnya berjumpa kemudian untuk membincangkan satu kemungkinan mengeluarkan satu resolusi Majlis[31].

Rujukan

WikiPedia: Ujian_peluru_berpandu_Korea_Utara_2006 http://www.news.com.au/perthnow/story/0,21498,1969... http://www.news.com.au/story/0,10117,19690891-401,... http://www.smh.com.au/news/world/n-korea-missile-l... http://www.theage.com.au/news/national/missiles-fo... http://www.cbc.ca/world/story/2006/07/05/north-kor... http://www.bangkokpost.com/breaking_news/breakingn... http://sun-bin.blogspot.com/2006/07/where-did-nort... http://www.bloomberg.com/apps/news?pid=newsarchive... http://english.chosun.com/w21data/html/news/200607... http://www.chron.com/disp/story.mpl/ap/world/40243...